Blogger Template by Blogcrowds

Ahad jam 8.30 pagi
bertempat di UITM Segamat, Johor

Pasukan MMU Pasrah telah menghantar
1 pasukan bagi permainan ini yang terdiri daripada
Pak Yah, Azmi World, Rashid Brunei,
Faizal Sabah, Abg Aizam n aku sendiri.

aku akan mencoret kegiatan kami dari
pagi sampailah kembali semula ke
MMU

pada mlm sebelum pertandingan tu,
kami berkumpul di rumah azmi
bagi membincangkan
strategi ....
tetapi yang dibincangkan sedikit(cause tak de
pandangan lagi mengenai game tu), jadi makan jemput2 je lah
malam tu....
best...tambajhan dpt makan durian
n rambutan sekali..
mlm tu aku tidur
di rumah azmi.

AHAD
______


kami bercadang bertolak dari melaka jam 6 pagi,
ha ha ha
aku dah bersiap plg awal
n rupa-rupanye pak yah call n ckp
azmi tak bgn lagi
jadi, terpaksa tunggu azmi bersiap
n jam 6.45
kami bertolak dr melaka


disebabkan megikut kata abg aizam yang UITM
amat jauh dan mengambil masa 1 jam 30 min...
jadi, kami bawak kereta(kereta aku n abg aizam)
macam peleset..
laju nak mampus, motong sana - sini
last-last kami sampai kul 8.04 am

ha ha ha
dekat rupanye...
ingat jauh mana


Pas sampai,
kami terus mencari toilet,
nak terkencing lah...

tap tup tap tup...
ada sorang brother nie sapa kami semua
"Dari MMU ke??"

kami pun dgn bergelak mengatakan "ya"..
mklumlah...attire kami dah biasa ngan envirnment MMU
mcm nak gi DANGA BAY
kata abg aizam :D


pas kuar toilet,
kitaorang nampak semua peserta gi breakfast
kitaorang pun ikut,
tapi tak join,
tunggu diajak
cause nanti salah masuk, malu lak
sebab biasanya di UITM,
mara provide student diaorang makanan
jadi kitaorang tak amik sarapan tu,
just tunggu di luar khemah,
buat mesyuarat,
mesyuarat kami dimulakan doa oleh seorang USTAZ...
bagus ustaz tu,
he he he


then...selang beberpaa 10min,
der 1 bro dtg menyapa kami,
"wei korang dah breakfast lom,
dr mana??"
rupanya dia dr JCORP n terus ajak kami sarap..:)


pas perut kenyang...
pak yah gi register team..
then kami discuss nama team...
keluarlah berbagai nama
=> Pasrah, MMU la, IU FC la......
last2 kami letak MMU je la

jam 9.15
semua dikehendaki masuk ke dewan
seramai 40 pasukan bersiap sedia mendengar taklimat dan "simulasi
aku duduk di meja 5
bersama peserta lain

sepatutnya, pertandingan bermula pada jam 10.00
disebabkan peserta dr UITM Melaka
n UTEM dtg lewat
terpaksa ditangguh beberapa min

sewaktu simulasi permainan,
kami dak2 MMU sahaja yang
tidak pernah sentuh n bermain
permain ini..
kelakar kan...sedih pun ya gak

tetapi dengan "pretending"
aku berkeyakinan tinggi


jam 10.30 am
permainan bermula
bermodalkan RM 5000
aku pun meneruskan pengembaraan di
laluan "Makan Gaji"
tap, tup, tap,tup
dah 30 min,
so, break for first half
aku belum lagi ke "laluan Tijarah"
hanya Pak Yah sorang berjaya ke laluan tersebut

habis 5 min rehat,
permainan bersambung

aku berjaya ke lauan
"tijarah"
membeli
perusahaan Tiram
aku telah membeli pelbagai operasi
n aku berjaya mengumpulkan RM 175 ooo
n operasi bernilai lebih RM 200 000

rupa-rupanye, setelah melaui game peringkat akhir,
dengan wang sebanyak ini,
aku boleh masuk ke
"Jihad Bisnes"
aku tertipu....

habis permainan
peringkat saringan

Keputusan

Pak Yah : harta around 1 juta lebih (Jihad Bisnes)
Aku : harta melebihi 125 k (Tijarah) mata amal 910
Faizal : harta around RM 75 k (Tijarah)
Azmi : Harta around RM 50 k (Tijarah)
Abg Aizam : Membeli mata amal (makan gaji)


pas tu,
kami pun gi makan tengahari
bincang punya bincang
mcm mana strategi jika layak ke
peringkat 21 pasukan terakhir
.......................
gi solat zohor
..................

masuk ke dewan semula
diumumkan pasukan 21 terbaik
kami layak memsuki ke 21 pasukan terbaik
dengan menduduki tempat ke 18
alhamdullilah
.................................

permainan peringkat akhir bermula
bagi mencari 10 pasukan mewakili
zon selatan di Persada Johor pada 16 Ogos 2008


Pasukan 21 terbaik
..........................................
aku duduk di meja yang sama (5)
dengan pesaing yang mantap2
kecuali sorang pempuan dr UITM melaka

Keputusan 1st Half
.............................

Pak Yah : Tijarah (Rm 90 k)
aku : Tijarah ( 10 k)
Faizal : Tijarah (Rm 50 k)
Azmin n Abg aizam : Makan Gaji


2nd Half
...................................
aku dgn nekad n
mengharapkan tuah
semua pemain dlm team aku saling membantu
memang sengit
aku sekarang berda di tempat kedua di belakang
pemain UTM
cause aku 2 kali masuk
tapak "Pecah Amanah"
akhirnya semua pemain dlm meja 5 berjaya ke "Jihad Bisnes"
aku berjawa memiliki aset bernilai 2 juta n membuat sumbangn melebihi 1 juta

permainan tamat

Keputusan

Pak Yah : Jihad Bisnes => wang bernilai 1 juta lebih ( mata amal 1 ribu smting)
Aku : Jihad Bisnen => wang bernilai RM 1 103 960 (mata amal 2190)
Faizal : Jihad Bisnes
Abg Aizam : Tijarah (wang bernilai RM ribu2)
Azmi : Tijarah (hutang bank) :)


pas tu
kami g minum petang
dengan perasaan bercampur aduk
ader yang yakin,
aku biasalah
"PASRAH"


then kami masuk dewan semula
bla bla bla
keputusan diumukan
pelbagai kategori di sapu UTEM n UITM melaka

pas tu 10 pasukan terbaik
bagi mewakili zon selatan diumukan
dr no 1 hingga 10

dap dup dap dup
alamak.....
"TAK LAYAK!!!!!!!!!!!"

sebelum rehat,
MMU menduduki tempat ke 12

agak-agak nye...
menurut kata RASHID
MMU menduduki tempat ke 11


1 lagi ke peringkat akhir

tak pe
"Pasrah je"

ader merancang nak
join pertandingan bagi zon tengah di UITM Shah ALAM
pada 2 ogos nie

tapi...ntah la

so..pas tu kami pun pulang dengan perassan bangga ke MMU

tak pernah main
tapi aku n kekawan berjaya
menakluki tempat ke 11


VIVA MMU "PASRAH"




Ha ha ha
sangat kelakar,
sedih pun ader

dengan tak yakin
aku dan kekawan pun ke extension library
tepat jam 7.50 mlm,
kami pun masuk


first skali,
aku mencari partner utk aku tiru,
puas aku cari, rupanya dia mengelak dari aku duduk di sebelah dia

aku pun dengan selamba duduk kat belakang skali
sebelah aku india n cina
jadi sebelum exam start,
aku sempat mengatakan kpd mereka,
"wei, dont 4 get to share ur ans with me "


memang betul,
dengan lecteruru kitaorang yang sporting,
kitaorang telah melakukan pelbagai aksi
semata-mata utk dptkan jawapan.

siap tukar2 kertas jawapan lagi,
yang kelakar nye....
kitaorang berempat termasuk rashid
saling bertengkar untuk mempertahankan jawapan masing2
dan akhirnya, jawapan rashid diterima pakai

so.....
cerita ini memang kelakar


pengajarannye....

Cuti midterm nie...
prepare buat short note untuk subjek lain

last but not least

thanks la kekawan ku,,,,,,,,,,,,

Week 6

For this week,
nothing much activities
to take part,
only have 1 midterm and
others as a usual

Monday
morning - no classes for today
eve - Hockey training
nite - Hokey's AGM


Tuesday
Class as usual, but no for power system
eve - Hockey training
nite - IU 1st Beraue Gathering


Wednesday
Class only for Mini project
Nite - Midterm for Digital Comm
then, got Usrah ISma


Thursday
Class as usual but got lab on Thursday (CN)
eve - just a jog around taman
nite - revision


Friday
Still have class
nite - revision time


Saturday
Mrng -Mini project class
Hockey tournament will be confirm later

p/s : hope can go back to hometown this saturday



































Hockey

Tanggal
19/7/08 bersamaan hari Sabtu
merupakan titk bermulanye karier sukan yang aku minati
iaitu HOKI
Dimana aku pada hari ini telah kembali
ke skuad hoki MMU
setelah 3 tahun bersara
akibat kecederaan tulang belakang yang ku alami
dan ALHAMDULILLAH
dengan izin ALLAH S.W.T
aku telah bermain semula dan
penyertaan pertama
diiringi kejayaan sulong



For this evening,
we have meet the team from
north east of Msia
that is UUM


Eventhough MMU had missed
their beloved key player
but we still won the game

the score is
MMU vs UUM
6-1


VIVAAAA MMU....
after dis still got 5 game left
i hope that i can fullfill the coach needs
that to make sure MMU will enter the div lesgue 1
for next year/sem



There was a time when our country was regarded
as a place with peace and harmony where everyone was happy,
the economy was good,
crime rate was at minimal,
and politicians were like our friends.

Those time have changed,
everyday we wake up in fear of demonstrations,
road blocks,
price hikes etc
. The government gives all kind of reasons for implementing actions to evade
such situations but honestly speaking,
does the government think that we are stupid?

We elect all of you,
but instead you people make our life miserable with all these so-called
‘people-eccentric’ actions.

There is no press freedom for if we take any local newspaper,
we see that all it supports are the actions of the government.
They never highlight the people’s grouses.

Of course,
not only the media but the enforcement agencies also.
I used to be a loyal reader of a well-known local newspaper,
but nowadays I don’t feel the sense of purity or openness of the news published in it.

On the recent arrest of a famous ex-minister,
it's very clear even in the mind of a six-year-old
that what we're seeing now is a mere drama.
The public just wants to lead a normal life so please
don’t make us suffer with uneducated styles of action that burden the rakyat.

We don’t want road-blocks,
we don’t want your petty political issues.
We just want a normal peaceful life.


"Shabery is a loser". Itulah kesimpulan aku bila melihat debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya, Anwar yang dituduh tidak berubah lebih banyak menumpukan tajuk perbincangan.

Tak faham lagi? Saya teringat budak-budak bertengkar. Katakan, ketika kita budak-budak dulu, kita bertengkar dengan seorang budak. Kita kata kat dia, air liur hang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibir bila hang bercakap. Banyaknya!

Memang, budak itu akan jawab, "aku dah sapu dengan lidah aku. Memang la masa aku bercakap jadi macam tu, tapi lepas aku bercakap, aku ada teknik nak hilangkan apa yang hang nampak tu".

Tetapi selepas itu, budak itu akan keluar dari pokok persoalan dan terus serang kita dan kata "mata hang pun aku pernah nampak banyak taik, hari tu aku nampak hingus hang meleleh tak habis-habis. Bau hang busuk", bla, bla, bla...

Bila kita tambah lagi fakta tentang mengenai air liurnya yang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibirnya bila dia bercakap tu, dia akan jawab sikit lagi mengenai perkara itu. Sikit ja. Lepas tu dia akan tumpukan dengan serangan demi serangan kepada kita.

Selalunya budak yang kalah bertengkarlah yang buat hal. Bila dia dah tak tau nak jawab apa, mulalah dia akan kata, "hang tu suka buat kacau kat jalan!" Selepas itu mungkin akan ditokok tambah dengan maki hamun dan carut capai. Itu budak-budak la... Orang tua, terutama bila di hadapan umum, lain sikit style dia.

Bagi aku, Shabery tidak berjaya sama-sekali mempertahankan kerajaan yang diwakilinya. Dia hanya berjaya mendedahkan betapa tidak demokratiknya Anwar ketika beliau menguasai media-media seperti TV3, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar kumpulan NSTP dahulu. Itu sahaja kejayaan Shabery.

Tetapi beliau tidaklah nampak bodoh tahap tingkat lima Jabatan Perdana Menteri seperti tukang tanya yang dibawanya. Soalan pertama beliau dah nampak bodoh.

Tetapi, bila mendengar soalan kedua beliau, terus kawan aku kata, "Ya Allah... Bangangnya dia ni! Bodoh tahap gaban! Sebab minyak naiklah, yang lain semua naik harga.

"Bagi subsidi tak sampai seribu setahun, kita kena tambah duit minyak beribu-ribu. Kalau bagi duit sewa rumah RM100 sebulan kat rakyat pun, bantu apa namanya kalau dulu sewa kita kena bayar RM500 sebulan, sekarang dah naik RM700!"

Kalau budak sekolah menengah pun nampak orang yang nak berlagak pandai itu bangang tahap gaban, aku tak perlu kata apa-apa...

Bebudak di IPTA & IPTS pandai menilai yang baik dan yang buruk, so, kerajaan tak perlulah memutarkan belit keadaan....

p/s : Bile agaknye Shabery nie nak letak jawatan, Rafidah tak sabar-sabar nak ganti tempat dia...




Full NameJose Silva Bosingwa
Birth DateAugust 24, 1982
Birth PlacePortugal
Height1.83m
Weight75 kg
Age25
PositionDefender
ClubChelsea

Full NameAnderson Deco
Birth DateAugust 27, 1977
Birth PlacePortugal
Height1.74m
Weight73 kg
Age30
PositionMidfielder
ClubChelsea


Kehadiran Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di persada kekuasaan negara mulai 31 Oktober 2003, amat dialu-alukan oleh rakyat Malaysia.

Imej Abdullah yang bersih, warak dan mesra sungguh menawan hati nurani mereka. Tekad Abdullah membanteras rasuah secara habis-habisan menambat minat semua pihak.

Cita-cita Abdullah menjadikan negara-bangsa Malaysia cemerlang, gemilang, terbilang disokong sepenuhnya oleh pihak kawan dan lawan.

Rekod kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencatatkan lonjakan paradigma dalam hampir semua aspek kehidupan rakyat dan kemajuan negara pula menjadi asas paling kukuh untuk membolehkan Abdullah mencartakan kejayaan demi kejayaan di hari muka.

Lantaran itulah BN dalam fasa awal kepimpinan Abdullah mampu merangkul kejayaan paling bersejarah menerusi PRU 11 pada 20 April 2004.

Tetapi, hanya kira-kira dua tahun sesudah itu, kepimpinan Abdullah seolah-olah mula menjanjikan satu era yang malang dalam sejarah BN, Umno dan negara. Antara puncanya adalah imej Abdullah yang mulai luntur. Hakikat ini jadi semakin ketara bila isu ECM Libra yang membabitkan menantunya, Khairy Jamaluddin, mulai diperkatakan secara meluas oleh rakyat jelata di seluruh tanahair.

'Reality Check'

Lain-lain faktor yang menyebabkan Abdullah tidak lagi diyakini oleh rakyat jelata boleh dipastikan menerusi 'reality check' ke atas Abdullah dan kepimpinannya seperti berikut:

Sewaktu mula berkuasa, Abdullah menyanjung tinggi jasa dan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Hari bagaimana?

Adakah rakyat masih percayakan kata-kata Abdullah bahawa beliau tidak mahu mencari "harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya" atau "wang berjuta-juta untuk hidup bergaya"?

Sewaktu mula berkuasa, Abdullah memperkenalkan apa yang beliau katakan sebagai Islam Hadhari. Insafkah Abdullah bahawa termonologi ini kini sudah jadi bahan jenaka dan amat mengecewakan sebilangan umat Islam?

Pada ketika ini, benar-benarkah Abdullah mahu mencari "mana dia Al-Ghazali" dan "mana dia Al-Shafie"? Benar-benar jugakah Abdullah mahu "bongkar rahsia kitab suci, cari pedoman dan bongkar rahsia sunnah Nabi, cari panduan"?

Sewaktu mula berkuasa, Abdullah mengatakan beliau tidak mahu dikelilingi oleh manusia pembodek. Hari ini bagaimana? Abdullah juga mahukan para pegawai peribadinya bersikap mesra rakyat. Hari ini bagaimana?

Dolak-dalik

Benarkah Abdullah tidak berdolak-dalik? Jambatan Bengkok? Kenaikan harga minyak? Kontroversi "wanita ketuk-ketampi"? Kisah cintanya yang dinafikan tapi kini jadi realiti?

Abdullah ghairah mahu membanteras rasuah, kronisme dan neopotisme. Ini dimanifestasikan dalam manifesto BN bagi PRU11. Kini bagaimana? Kisah ECM Libra bagaimana? Mengapakah manifesto PRU12 tidak sebut langsung soal anti-rasuah?

MV Agusta dibeli oleh Proton dengan harga RM500 kenapa dijual dengan harga RM4.00? Sampai sekarang kenapa tidak ada jawapan yang telus mengenai hal ini?

Pada tahun 2007, Abdullah mengumumkan perangkaan ekonomi negara yang trillion ringgit jumlahnya untuk menggambarkan kepimpinan beliau lebih baik daripada Mahathir. Kenapa kesannya tidak dirasai oleh rakyat bahawan?

Abdullah amat marah dengan pemimpin Hindraf yang menuduh Umno melakukan mini-genocide ke atas kaum India dan kerana mereka mendesak komuniti antarabangsa memansuhkan Perlembagaan Persekutuan yang kononnya tidak adil kepada semua pihak? Kenapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA tidak disiasat serapi-rapinya?

Hanya beberapa hari menjelang hari pembuangan undi bagi PRU12, Abdullah mendabik dada bahawa BN akan menang besar? Hari ini bagaimana?

Bukankah keputusan PRU12 merupakan mesej daripada rakyat jelata bahawa beliau wajar mengundurkan diri daripada persada kekuasaan kerajaan dan politik?

Post-mortem

BN dan Umno kalah teruk dalam PRU12. Mengapakah Abdullah enggan adakan satu post-mortem menyeluruh mengenai kekalahan ini?

Mengapakah tuduh warga Umno mensabotaj parti dalam PRU12? Apa bukti nyata mengenai hal ini jika tiada post-mortem mengenainya?

Salahkah bila Mahathir mengatakan bahawa beliau keluar meninggalkan Umno mulai 19 Mei 2008, kerana Umno kini hanya mempertahankan Abdullah dan bukannya berjuang demi agama, bangsa dan tanahair?

Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan melakukan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Bila? Dan, mengapakah beliau akan terus mengekalkan jawatan Presiden Umno?

Sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri, Abdullah membidas Singapura kerana mempolitikkan isu air dengan Malaysia. Hari ini kenapa tangguhkan semua isu tertunggak dengan Singapura, termasuk perundingan mengenai tariff air yang baru?

Malaysia enggan jual pasir kepada Singapura untuk jadikan pulau itu dua kali lebih besar daripada saiznya hari ini. Kenapa Abdullah wujudkan Iskandar Malaysia yang dua kali saiz Singapura kononnya untuk kepentingan rakyat Malaysia?

Kenapa hapuskan semangat DEB untuk Bumiputera menyertai aktiviti ekonomi dan pembangunan di Iskandar Malaysia?

Halliburton

Halliburton sebuah syarikat minyak yang membabitkan diri dalam perang di Iraq dan segolongan pekerjanya didakwa terbabit membunuh rakyat Iraq. Kenapakah izinkan syarikat ini melabur di Iskandar Malaysia?

Telekomunikasi adalah industri strategik sesebuah negara. Kenapa izinkan syarikat Singapura melabur dalam Telekom Malaysia?

Di era Mahathir, kapal perang Amerika Syarikat yang membawa senjata nuklear tidak boleh lalu Selat Melaka. Hari ini kenapa boleh dan mengapa kapal itu juga diizinkan berlabuh di Pelabuhan Kelang?

Menteri Luar mengatakan bahawa team Pulau Batu Puteh sudah membuat persediaan sejak berpuluh tahun lamanya. Bila Malaysia kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh, kenapa tidak adakah siasatan terperinci di atas kekalahan yang jelas berasaskan keputusan political?

'Regime Change'

Berasaskan 'reality check' di atas, salahkah jika rakyat jelata mempunyai persepsi negatif terhadap Abdullah pada hari ini? Salahkah jika rakyat jelata mengatakan Abdullah seolah-olah dalam keadaan 'out-of-control' dan dibelenggu sindrom penafian yang panjang.

Rakyat jelata semakin resah gelisah kerana Abdullah terus memimpin negara. Kestabilan politik tanahair pula nampaknya sedang menuju ke suatu arah yang mungkin parah dan mendebarkan.

Dalam situasi begini, wajarkah Abdullah menuduh bloggers sebagai antara faktor yang menyebabkan politik negara tidak stabil?

Sebaliknya, bukankah faktor utama yang menyebabkan politik negara tidak stabil mutakhir ini adalah keengganan Abdullah menerima hakikat dan realiti bahawa kepimpinan beliau sudah tidak lagi diyakini oleh majoriti rakyat jelata Malaysia?

Sedarkah Abdullah bahawa menurut satu poll yang dilakukan oleh lamanweb Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo bar-baru ini, seramai 88 peratus responden mahukan pucuk kepimpinan negara ditukar atau negara ini memerlukan 'regime change'?

Demikianlah 'realiti check' mengenai Abdullah. Moga-moga beliau insaf akan hakikat ini. Demi agama, bangsa dan tanahair, segeralah berundur daripada persada kepimpinan kerajaan dan parti secara terhormat.

Serahkanlah tampok kepimpinan negara dan parti kepada Najib. Insya-Allah, politik negara kembali stabil, ekonomi akan berkembang, rakyat jelata tidak lagi resah gelisah malahan akan dibela dengan sewajarnya.



Viva Nadal.....

Gaya Jaguh Baru ....


Akhirnya....
dengan kemengangan yang memilukan,
Nadal berjaya menundukkan juara bertahan
sebanyak 5 kali, Roger Federer (RF)
dengan kemenangan
6-4, 6-4, 6-7 (5), 6-7 (8), 9-7


RF yang tidak pernah tewas di Gelanggang Rumput
selama 3 tahun, namun
tanggal 7/7/08
Nadal berjaya menundukkan pemegang
takhta nombor 1 dunia sebanyak 253 minggu

kitaorang berasa seronok cause Nadal
dan RF telah memberikan permainan yang
sengit dan Fantastik
sehingga membuatkan kitaorang berdebar2.


yang menariknya, Nadal menyambut kemenangan beliau
dengan memanjat bumbung Stadium
(yg rendah)
lalu memeluk parents beliau serta Coach
dan memberi hormat kepada
prince & princess Sepanyol

VIVA NADAL.......

"Rafael Nadal became the first man to win the French Open and Wimbledon in the same year since Bjorn Borg in 1980."



Chelsea Tour 2008


Yahoo.... Akhirnya my favourite team datang ke tempat ku untuk singgah bagi melihat peminat-peminat fanatik mereka...




Antara nama-nama gah yang datang ke sini diketuai Jurulatih baru kami. Filipe Scolari diikuti oleh Kapten kami ( John Terry), Micheal Essien, Frank Lampard, Micheal Ballack, Dedier Drogba, Peter Chech, Joe Cole, Makelele, Ashley Cole, Balleti, Bosingwa, Carlvanho, Alex, Shevchenko dan lain-lain...



oleh itu, 29 Julai ini merupakan tarikh keramat bagi pasukan Kebangsaan Malaysia yang akan turun menentang Chelsea dan harap-harap Chelsea dapat menurunkan 1st team mereka walaupun Malaysia menduduki tangga ke 165 dalam senarai FIFA...



Aku dan abangku sudah beli tiket bagi perlawanan tersebut yang berharga RM83, ada tiket yang murah berharga RM23,RM33 dan RM 53. Jangan lepaskan peluang bagi Chelsea Fans untuk sama-sama kita gegarkan Stadium Shah Alam.




Keputusan Perlawanan :


Malaysia - Chelsea => 0-15




Jangan nangis Papa... Sendiri buat, sendiri tanggung
Bukan akhbar ini sahaja, TV3 dan RTM juga sama...(2x5)
2 rakan karib yang ...................


Banyak hadiah-hadiah yang telah diberikan BN kepada rakyat jelata selepas kemenangan tipis dalam PRU yang lepas. Antaranya, minyak , beras, tarif elektrik, gas , keadaan ekonomi dan pelbagai berita yang hangat lagi. Aku sebagai wakil penduduk Msia ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Lah n D' geng kerana banyak membantu kitaorang utk tidak mempercayai BN pada masa akan datang.


Sebelum PRU lalu ramai pemimpin BN dengan sombong mencabar rakyat agar membuktikan dengan undi ketika pilihanraya.
"Perubahan perlu dilakukan dalam kotak undi" kata mereka. "pembangkang perlu faham erti demokrasi yang dipilih rakyat akan menang dan pembangkang sengaja membangkitkan sentimen berkumpuluntuk menyuarakan suara minoriti rakyat" tambah pemimpin BN lagi
"pembangkang sering sabotaj kerajaan rakyat kerana tidak mahu kerjasama...pilihanraya sudah berlalu... sekarang masa untuk kerja sama" itu ayat PM masa selepas menang besar PRU 2004.

Namun melihat beberapa perkembangan terkini jelas. BN lah yang tidak boleh menerima hakikat demokrasi. Dengan sedikit kelebihan kuasa di kerajaan persekutuan BN dengan bersungguh - sungguh untuk mensabotaj kerajaan PAKATAN di Selangor, Perak,Kedah, P.Pinang dan Kelantan.

Banyak cerita di media2 yang kita dengar hari ini berkenaan masalh di negeri2 yang dikusai parti Pakatan adalah tidak benar sama sekali. Ini semua mainan politik.
Dalam mengatur segala perancangan dengan teliti, Pak lah bersama engineer nya (KJ) serta konco-konconya hanya mampu menjahanamkan bangsa sendiri dan mereka sebenarnya adalah pemusnah bangsa dan negara kita.

"Sebaik-baik Pak lah adalh sama dengan sejahat-jahat Pemerintahan Tun Mahathir"



Tengok saja pada hari ini, berita mengenai "sodomy"....bagus betul perancangan mereka2 itu.

Ntah betul atau tidak....kemukakan 4 saksi yang siful kena liwat..mana tahu dia jolok bontot sendiri menggunakan batang paip ke....

Hebat2....

Mengenai si saiful...bekas presiden SRC uniten yang dah kena terminate dr Uniten...Najib mempertahankan si bahlol ini dgn alasan saiful pergi berjumpa najib untuk meminta bantuan penajaan untuk sambung ijazah dlm E&E di Uniten. Kalau anda semua pikir, tak kan lah Si bahlol saiful ini tak mampu(tak de duit) untuk menampung segala perbelanjaan dia di Uniten, sedangkan dia mampu untuk membeli/menyewa pangsapuri mewah yang berharga 1** ribu lebih ???

"Media hanya di hujung jari BN"



Yea..... We are Champion !!!!!
It's mine...not Ronaldo ..:D


Viva spain !!!! akhirnya pasuka yang aku kurang sokong menang dengan menewaskan German dengan argegat 3-0. Torres terbukti seklai lagi menunjukkan bahawa dia merupakan seorang striker yang marvelous. Walaupun Cristiano Ronaldo dikatakan mampu menggegar Euro 2008.
Xavi pula dinamakan pemain terbaik sepanjang Euro 2008 kerana dia yang mencorakkan permainan sepanyol dan dibantu Iniesta dan bintang sensasi Arsenal, Cecs Farbegas.

Ini merupakan Skuad Euro2008 yang telah dipilih FIFA

Goalkeepers: Buffon (Italy), Casillas (Spain), van der Sar (Holland).

Defenders:
Bosingwa (Portugal), Lahm (Germany), Marchena (Spain), Pepe (Portugal), Puyol (Spain), Zhirkov (Russia).

Midfielders:
Hamit Altintop (Turkey), Modric (Croatia), Senna (Spain), Xavi (Spain), Zyryanov (Russia), Ballack (Germany), Fabregas (Spain), Iniesta (Spain), Podolski (Germany), Sneijder (Holland).

Striker:
Arshavin (Russia), Pavlyuchenko (Russia), Torres (Spain), Villa (Spain).


Olaaaa...Yang kesiannye, Cristiano Ronaldo tak tersenarai, kesian.....


yang Penting.......

Hidup Singa Biru "Chelsea".......



Isu ini nampak remeh, tetapi bagi sesiapa yang mempunyai akal yang waras dan hati yang mulia, dia akan dapat menilai sesuatu dengan bijak. Sehinggakan isu sebegini, ada yang mengetapikan bab agama itu sendiri dimana mereka tidak mengaitakan apa yang berlaku terhadap implikasinya di dunia dan akhirat

Di sini, aku akan merumuskan segala hujah-hujah yang diberikan oleh kedua-dua penyokong parti terhadap Datuk Seri Anuar

1) Hujah oleh penyokong BN
  • Memang Anuar kaki bontot
  • Anuar gersang sebab isteri dah tua
2) Hujah oleh penyokong Pakatan Rakyat

  • Anuar tidak bersalah dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, terpaksa bertindak (mengada-adakan laporan polis yang mendakwa beliau terbabit dalam kes liwat) untuk membantu BN bagi menghalang Anuar dari menyertai pilihanraya parlimen akan datang kerana Saiful merupakan bekas pegawai khas Anuar dan oleh sebab itu, dia tahu segala gerak geri anuar.
  • BN pula terpaksa buat kerana mereka juga nak Mengelak anuar dari membuat aduan berkenaan bukti (Ketua Polis Negara, Tan Sri) Musa Hassan dan (Peguam Negara, Tan Sri) Abdul Gani Patail terbabit dalam rancangan jahat serta mereka-reka fakta palsu dalam kes terdahulu

Ada hikmah disebalik perkara yang berlaku. Kita sebagai manusia jagan membuta tuli menerima berita mengenai Anuar melakukan "liwat" sebagai satu berita yang benar. Ini semua mainan politik. Cuba kita imbas kembali tahun 1998 dimana datuk seri dikaitkan dengan tuduhan pertama iaitu melakukan liwat.Untuk pengetahuan mereka yang belum tahu, tuduhan itu adalah tidak benar dan hampir-hampir menggagalkan rancangan BN untuk menjatuhkan Anuar. Oleh itu, pada masa itu dengan kebijaksanaan Mahathir, beliau mengaitkan Anuar dgn Kes Rasuah. Jadi, sesiapa yang terlibat dengan rasuah memang tidak boleh terlepas. Pada masa itu, Berjayalah Mahathir ....

Kembali kepada masa sekarang, kalau anda bayangkan anda di tempat beliau yang sekarang sudah mempunyai cucu dan anak serta isteri. Mcm mana? tak cukupkah Datin seri Wan Azizah memuaskan Anuar ???? kalau tidak, mana datangnya Izzah???anak sulung beliau.

Seperti saya katakan tadi...semua ini mainan politik. kita jgn baca berita harian sahaja. Jangan mengambil satu sources itu sebagai yang betul kerana banyak lagi sources2 yang benar dan tepat. Lepas nie cuba baca Harakah n Malaysiakini. Barulah kita tahu betapa besar n tinggi langit dan bumi.

Liwat adalah satu dosa yang besar. Tak kan lah Datuk Seri Anuar tergamak melakukan "liwat" tanpa memikirkan kesan dan akibat. Sebagai seorang mantan timbalan perdana menteri, beliau lebih matang dalam soal bab mencari dan membuat keputusan melalui proses2 nye..


Jadi, kita sebagai rakyat haruslah memikirkannya.

"Politik memang tidak akan bersih dari segala apa pun"

Mari baca kepada sesiapa yang tidak pernah membacanya

www.harakahdaily.net



Newer Posts Older Posts Home