Blogger Template by Blogcrowds

Lelaki vs Tapak Tangan

Kali nie...
aku akan berkongsi sedikit untuk
kaum adam pulak..

Topik yang agak menarik
dan
Sumber penceritaan ini telah dipetik dari



Bagi kaum wanita....


Tidak perlu bersusah payah
untuk mengorek rahsia dirinya
dengan memaksa si dia
berterus-terang dengan
setiap tindakannya.

Cuba amati
rahsia telapak tangannya secara diam-diam.

"Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya," ujar Gale.




Earth hand

Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek,

ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.


Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif.
Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.
Jika kamu berjaya menemui lelaki
earth hand di tengah-tengah kota metropolitan,
kemungkinan besar mereka
memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas
untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun.
Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak
dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.



Water hand


Telapak tangan berbentuk segi panjang,
dengan saiz jarinya berukuran panjang.

Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati,
sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.

Bahkan,
dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku.
Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.

Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.


Air hand


Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur
tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang.

Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru
dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara
ke kota atau negara lain.

Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem,
lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.

Dia juga senang mendalami hobi baru.
Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak,
lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.



Fire hand


Lelaki dengan telapak tangan berbentuk
segi panjang dengan jari-jari tangan pendek,

kebiasaannya cepat berasa gelisah
apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.

Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan,
sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.

Meskipun begitu,
si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi
dan seorang yang mudah bergaul.
Tidak hairanlah,
kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.
Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya,
dia pasti akan 'menenggelamkan' dirinya
dalam hubungan yang penuh
keterujaan bersama kamu.




So....
ape lagi...

baik korang check tapak tangan korang wahai kuam adam...

wahai kaum hawa,
tengoklah tapak tangan pasangan anda...
mana tahu anda dapat korek sesuatu...


0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home